TARIAN MELAYU ASLI (ADP3043 - KUMPULAN 5)
KUMPULAN : 5
AHLI KUMPULAN :
NAMA | NO.MATRIK |
1. VERONICA VRON MANAI | D20201092222 |
2. MADREGAL SAGARIO ANAK HELEN SINGOK | D20201092229 |
3. CHELSY OZIELA | D20201092231 |
4. AUDREY DIFFANNY ANAK AMOK | D20201092237 |
5. CONSTANTIA YVETTA MALISON @ WALISON | D20201092238 |
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG :
Tarian Asli merupakan kumpulan tarian yang telah dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu. Dengan adanya rentak dan irama dalam lagu tersebut, maka terhasilah gerak-gerak tari yang sesuai untuk dijadikan tarian, iaitu seperti lagu Dondang Sayang. Namun, tarian asli tidak diiringi dengan adegan berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang. Bukan itu sahaja, tari-tari asli seterusnya tercipta berasaskan lagu-lagu Melayu yang lain iaitu seperti Makan Sireh, Gunung Banang, Asli Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani, Asli Abadi dan banyak lagi. Untuk pengetahuan bersama, tarian melayu asli boleh didapati di seluruh Malaysia terutamanya di Semenanjung Malaysia.1
Selain itu, tarian Melayu asli di Malaysia merupakan tarian yang paling halus pergerakannya dalam kategori tarian rakyat Melayu. Lagu dan tarian Melayu asli ini juga turut dipersembahkan di pentas bangsawan pada abad ke-20. Pergerakan tangan yang digulung dan dipatahkan serta langkahan kaki yang tersusun dan memberat ke bumi merupakan ciri-ciri utama dalam tarian Melayu asli. Pergerakan silat juga terdapat dalam tarian ini tetapi hanya ditarikan oleh penari lelaki sahaja.
Di samping itu, tiada repetoir tarian Melayu asli yang tertentu dalam tradisi ronggeng di desa mahupun di bandar. Para penari akan mempersembahkan tarian Melayu asli dengan iringan muzik berentak asli atau senandung manakala setiap repeitoir yang ditarikan dirujuk berdasarkan lagu tersebut. Ragam-ragam asas yang ditarikan dalam tarian ini adalah Langkah dan Lenggang, Petik Bunga, Lambung Angin dan Pergerakan Silat. Tambahan pula, pelbagai langkah silat yang sesuai serta boleh digunakan dan koreografer juga boleh mengaplikasikan Bunga Silat yang berasaskan Langkah, Kuda-kuda dan Limbai Tangan.
Selain itu, beberapa repeitoir tarian Melayu asli telah dicipta oleh jurulatih tari di Kompleks Budaya Negara pada sekitar tahun 1970-an. Tarian hasil ciptaan jurulatih tari tersebut ini menggunakan pergerakan asas dalam tarian Melayu asli dan turut melahirkan pergerakan baharu yang bersesuaian dengan genre tarian Melayu asli.2
TARIAN MELAYU ASLI YANG DICIPTA SEKITAR TAHUN 1970-AN
Nama tarian | Makan Sireh | Songket | Sekapur Sireh |
Tajuk lagu | Makan Sireh | Tanjung Puteri | Sekapur Sireh |
Penari | Lelaki dan wanita | Wanita | Wanita |
Prop | Tepak Sireh dan Keris | Kain Songket | Tepak Sireh |
Koreografer | Dato’ Daud Omar | Dato’ Daud Omar | Dato’ Daud Omar dan Dato’ Zulkifli Zain |
Rajah 1 Tarian Melayu Asli yang dicipta sekitar tahun 1970-an.
LANGKAH DAN GAYA TARI MELAYU ASLI (SENANDUNG)
1. Melenggang dan Patah Sembilan Gaya 1
2. Melenggang dan Patah Sembilan Gaya 2
3. Melenggang dan Patah Sembilan Gaya 3
4. Melenggang dan Patah Sembilan Gaya 4
5. Melenggang dan Patah Sembilan Gaya 5
6. Lelaki Mengacah dan Patah Sembilan Gaya 2, Perempuan Melenggang dan Patah Sembilan Gaya 2
VIDEO TARIAN MELAYU ASLI (SENANDUNG) GERAKAN LELAKI
https://youtu.be/0uXjFdtJ1wE
VIDEO TARIAN MELAYU ASLI (SENANDUNG) GERAKAN WANITA
https://youtu.be/3zzmKu1Cy_Y
MUZIK DAN ALAT MUZIK TARIAN MELAYU ASLI
Muzik Asli adalah muzik tradisional dan ianya melambangkan identiti masyarakat Melayu yang mengabungkan alat-alat muzik instrumen seperti rebana, violin, akordian, gong, flute, gitar akustik dan sebagainya dengan menghasilkan lagu-lagu berentak inang, zapin, joget, asli, masri, keroncong dan lagu terkini yang sesuai dengan instrumen muzik asli dan ianya tergolong dalam muzik sinkretik kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur instrumen alat muzik dan skala muzik barat dan timur.
Manakala untuk nyanyian lagu Melayu Asli dengan dasar bentuk liriknya yang menggunakan rangkap pantun Melayu bagi menyampaikan maksud dan kandungan lagunya. Walaupun kebanyakkan lagu Melayu Asli tidak diketahui penciptanya, namun karangan rangkap pantun kadang-kadang turut digubah semula oleh penyanyi yang menyampaikannya bagi menonjolkan keunikannya yang tersendiri dan ianya sangat dekat dengan jiwa dan hati budi Melayu jika dilihat dari segi penciptaan pantunnya yang sering dikaitkan dengan kesantunan budi.
Selain itu, kumpulan Muzik asli biasanya lengkap dengan penyanyi lelaki atau perempuan yang mengalunkan lagu-lagu melayu mengikut iringian muzik yang dimainkan. Muzik Asli sering kedengaran di majlis-majlis kenduri kahwin dan temasya rakyat serta persembahan di pelbagai peringkat acara rasmi kerajaan dan swasta di dalam mahupun di luar negara dan diminati oleh pelbagai lapisan golongan penonton bermula daripada rakyat biasa hinggalah kepada golongan Diraja.3
MUZIK PENGANTAR LAGU MELAYU ASLI
Selain rangkap pantun, lagu Melayu asli mempunyai keunikan melodi pengantarnya. Tidak seperti lagu-lagu moden yang sekadar mempunyai intro, bridge dan muzik penutupnya, lagu Melayu asli unik disebabkan melodi pengantarnya (S.Atan, 2015). Tanpa melodi pengantar, penyanyi lagu Melayu asli tidak dapat menyampaikannya kerana tiada penanda muzik untuk memberi panduan. Menurut Abdul Fatah Karim (1980), tiap-tiap lagu melodi pengantar bagi sesebuah lagu Melayu asli dicipta khusus untuk lagu tersebut dan mempunyai komposisi semata-mata untuk memudahkan penyampainya ‘masuk’ menyanyi atau bermula. Muzik pengantar lagu Melayu asli sentiasa lengkap dan menjadi panduan penting untuk penyanyi sehinggakan menjadi kemestian untuk pemain akordion atau pemain biola mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penyampaian muzik pengantar. Muzik pengantar bagi hampir kesemua lagu Melayu asli dicipta lengkap dengan pengenalan dan muzik penghubung atau music bridge antara huruf A dan huruf B sebelum penyanyi mula menyanyi (Abdul Fatah Karim, 1980). Contoh muzik pengantar adalah seperti berikut:
RAJAH 1. Muzik Pengantar Lagu Embun Menitik (Sumber: USIM, 2014)
RENTAK LAGU MELAYU ASLI
Kepentingan memahami keunikan rentak bagi setiap genre perlu bagi seorang penyanyi. Rentak berupaya merangsang penghayatan penyanyi seperti karangan pantun dan keindahan melodi. Satu ketika dulu, rentak atau tempo iaitu ukuran waktu dalam muzik dalam lagu Melayu asli merangkumi rentak asli, joget, inang, zapin dan masri (S. Atan, 2015). Pendapat ini turut dikongsi Munif A. Bahasuan (2004) bahawa muzik Melayu mempunyai empat rentak atau beat asas yang disebut seperti berikut:
i. Senandung 4/4 (Perlahan, syahdu dan melankolik)
ii. Mak Inang 4/4 (Sama seperti rentak muzik arab)
iii. Lagu Dua 6/8 ( lagu dua atau joget atau samrah)
iv. Patam-patam 2/4 (Rentak cepat seperti mengiringi silat)
Paluan rebana merupakan aspek penting dalam mengekalkan tempo atau rentak lagu Melayu asli. Pukulan rebana ibu dan anak mempunyai beberapa nada yang berlainan bagi mendapatkan variasi bunyi antaranya seperti bunyi ‘tung’, ‘tang’, ‘tak’ dan ‘pang’ (Shamsul Zin, 2015). Namun hingga kini tiada satu pun penulisan notasi muzik tentang pukulan rebana Melayu didokumentasikan seperti notasi muzik Barat dan muzik Latin. Persembahan tempo atau rentak lagu Melayu ada ketikanya dimainkan dalam dua rentak iaitu asli dan inang.4
Contoh Muzik Melayu Asli
https://www.youtube.com/watch?v=h2Xt1AAis5s
2. Akordion
RUJUKAN
1 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN),Kuala Lumpur. (2021). Tarian Asli. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Diperoleh daripada http://www.jkkn.gov.my/ms/tarian-asli-0. Diakses pada 12 April 2021.
2 Mumtaz Begum Aboo Backer, Hafzan Zannie bin Hamza & Ismail bin Muhamad. (2016). Seni Tari Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3 Abd Razzak bin Abu Bakar . (2021). Muzik Melayu Asli. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Diperoleh daripada https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/231, Diakses pada 29 April 2021.
4 Ismail Ahmed & AB Samad Kechot. (2015). Lagu Melayu Asli: Unsur Sinkretisme Dalam Instrumentasi Persembahan. Jurnal Melayu, Bil. 14(2) 2015, 307-327. Diperoleh daripada http://journalarticle.ukm.my/
Nur Aimi Binti Ahmad, 22 Mac 2009, Warisan Tarian Melayu diperoleh daripada URL http://warisantarianmelayu.blogspot.com/2009/03/tarian-asli.html?m=1, Diakses pada 13 Mei 2021.
Nour Cahaya, 12 DISEMBER 2012, JENIS-JENIS AKSESORI TRADISIONAL.Diperoleh daripada URL https://nourcahaya.wordpress.com/jenis-jenis/, Diakses pada 13 Mei 2021.
Maruwiah Ahmat, 24 Jun 2012, Pakaian Tradisi Kaum Semenanjung Malaysia. Diperoleh daripada URL https://maruwiah.com/tag/pakaian-tradisional-malaysia/, Diakses pada 13 Mei 2021.
Comments
Post a Comment