TARIAN INANG (KUMPULAN 1 ADP3043)

 

ADP3043

 

TARI TRADISIONAL MELAYU KUMPULAN 1

TAJUK: TARIAN INANG

 

NAMA KUMPULAN

1.  REVIN ERYS ANAK PAULINE

2.  EMMEL SIPANG ANAK EMPATI

3.  ANNA ANAK MINIK

4.  ANATASIA AREN FELIX

5.  NURUL HAZIQAH ERRY BINTI BASRI

NO.MATRIK

1. D20201092227

 

2. D20201092232

 

3. D20201092225

 

4. D20201092239

 

5. D20192091052

NAMA PENSYARAH

ENCIK HAFZAN ZANNIE BIN HAMZA


Latar Belakang Tarian Inang

 

Mengikut sejarah, lagu dan Tarian Mak Inang berasal daripada zaman Kesultanan Melaka. Lagunya dikatakan telah digubah di atas titah perintah daripada Sultan Mahmud Shah yang berkemungkinan untuk tujuan melenakan baginda di peraduannya. 1

Inang memberi pengertian sebagai pengasuh. Tarian Inang memberi gambaran  bagaimana lembut dan sopan santunnya seorang wanita pengasuh. Manakala penari lelaki pula merupakan pasangan yang menggambarkan keserasian dalam kehidupan keluarga atau masyarakat. 2

Tarian yang sangat lemah gemalai dan mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk di tarikan di Istana Di-Raja. Ianya turut dinamakan sebagai Tarian Si Kembang Cina kerana terdapat banyak pengaruh cina terhadap muziknya. Penari- penarinya kadangkala menggunakan skarf panjang semasa melakukan persembahan.

Menurut catatan dalam Sulalatus Salatin atau juga dikenali sebagai Sejarah Melayu, Puteri Hang Li Po diutus ke Melaka sebagai tanda Kerajaan Wangsa Ming di China menerima Kesultanan Melayu Melaka sebagai negeri yang tunduk di bawah kuasanya dalam abad kelima belas Masihi. Puteri Hang Li Po sungguh berdukacita sewaktu baginda tiba di Melaka. Para dayang- dayangnya cuba menghibur hati baginda namun mereka tidak berjaya. Pada waktu yang sama, Puteri Hang Li Po jatuh kasih kepada pahlawan Melayu yang terbilang lagi bijaksana, Hang Tuah. Sebaik-baik sahaja dia mengetahui akan kesedihan Puteri Hang Li Po, Hang Tuah mengusulkan agar ketua-ketua inang baginda, Kembang Cina dan Dang Perwara, menciptakan sebuah tarian dengan menggunakan sebuah irama Cina. Maka, Tarian Mak Inang Cina tercipta.

Tempo pergerakan tarian inang yang sederhana ialah 2/4 diselangi dengan paluan gong. Inang juga boleh ditarikan dengan pantas iaitu 4/4 berdasarkan irama Masri. Lenggok Tari Inang boleh ditarikan dengan pantas iaitu 4/4 berdasarkan irama Masri, yang biasa ditarikan ialah Inang Selendang, Ayam didik, Tari Payung, Tari Sapu Tangan, Tari Lilin dan lain-lain bergantung kepada peralatan yang diragakan dalam tarian tersebut. Tarian Inang telah berkembang ke negeri-negeri di Tanah Melayu dan telah dipelbagaikan mengikut budaya setempat negeri tersebut. Tarian Mak Inang Tua adalah tarian yang amat popular di negeri Kedah sekitar tahun 1940-an sehingga 1950-an.



Tarian ini biasanya ditarikan secara berpasangan yang mana penari perempuan memakai selendang sebagai alat tari utama. Tarian ini mempunyai tempo yang pantas dan di iringi dengan alat muzik rebana, biola dan gendang.

 

 

Busana Tarian Inang:

 

Pakaian perempuan dibahagikan kepada jenis pakaian iaitu baju kurung yang telah siap dengan kain dan selendang. Selendang dipakaikan dengan cara menyematkan pin di bahu dengan kemas dan tidak melingkar di bahagian leher. Baju kedua pula ialah kebaya labuh yang terdiri daripada kain, baju dan juga selendang. Penari wanita yang berpakaian lengkap akan dihiasi dengan siput sanggul (cucuk sanggul) yang terdiri daripada tiga jenis iaitu siput tegang, siput cekak dan siput lintang. Siput sanggul tersebut juga boleh disesuaikan dengan selendang atau penutup kepala. 3

                                                Kostum Tarian Inang Perempuan


Baju Kebaya Labuh Perempuan:

1. Cucuk Sanggul

2. Baju Kebaya Labuh

3. Selendang

4. Kain


                                                                Kostum Tarian Inang Lelaki:

                                                                Baju Melayu Cekak Musang




Baju Melayu Cekak Musang Lelaki

 

1. Baju Melayu Cekak Musang

2. Songkok

3. Samping

                                                             Baju Melayu Teluk Belanga



Baju Melayu Teluk Belanga Lelaki

 

1. Baju Melayu Teluk Belanga

2. Songkok

3. Samping


Lambang dan Fungsi Pakaian Tradisional Melayu:

 

Pakaian Melayu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki mempunyai makna dan fungsi tersendiri. Semuanya dikaitkan dengan norma sosial, agama dan adat istiadat.

Untuk baju Melayu Cekak Musang lelaki mempunyai 5 butang pada baju yang membawa maksud rukun Islam yang perlu dipatuhi umat Islam. Baju Melayu Teluk Belanga mempunyai satu butang pada baju yang membawa maksud hanya Tuhan (Allah) yang wajib di sembah dan tiada yang lainnya (bagi umat Islam).

Bagi pihak perempuan pula, cucuk sanggul sebagai lambang pertahanan diri wanita. Selendang pula diletakkan di kepala sebagai simbolik kepada “melindungi diri” dan martabat seorang wanita. Keronsang- keronsang yang disematkan pada baju penari wanita atau selendang berfungsi untuk memperlihatkan darjat seorang wanita. 4


LAGU TARIAN INANG

 

Inang merujuk pada seorang pengasuh yang ditugaskan untuk menjaga seorang putri raja. Joget Inang untuk menghiburkan puteri tersebut. Inang didendangkan semasa kedaulatan sultan-sultan Melayu untuk merayakan acara-acara yang berkaitan dengan kerajaan. Penari-penari Inang juga digabungkan sebahagian daripada muzik jika diperlukan. Pada abad ke-19, sewaktu zaman kegemilangan seni bangsawan, muzik Inang sering dimainkan pada adegan-adegan dramatik yang ringan. Muziknya boleh dimainkan dengan alat-alat muzik Barat seperti mandolin dan violin, serta alat-alat tradisional seperti rebana dan gong. 5

Ø  Tempo: Cepat. Serta instrumen tradisional Melayu seperti rebana dan gendang.

Ø  Irama: Muziknya boleh dimainkan dengan instrumen Barat seperti mandolin dan biola.

Ø  Lirik: Dalam bentuk seloka, menggambarkan keindahan alam, atau dalam memuji kecantikan seorang perempuan.


Penggambaran rentak asas Inang:



Tulisan nota muzik Barat (sekadar pengetahuan sahaja):

 

Contoh-contoh muzik Inang yang lain:

 

   Aladom Instrumental

 

   Kaparinyo – Persembahan secara live

 

   SelendangMakInang Instrumental


ALAT MUZIK INANG :


1. Gong


2. Rebana




3. Biola


4. Akordian



Teknik Pergerakan dan Struktur Pergerakan:

 

Pergerakan tangan, kaki dan tubuh badan tarian Inang Masri adalah sama dengan pergerakan tarian Melayu Asli. Perbezaannya ialah rentak muzik. Muzik tarian Melayu Asli lebih perlahan dan bernada sedih manakala muzik tarian Inang Masri sedikit rancak dan bernada gembira.  Setiap penari harus memahami tempo lagu Inang yang berbeza-beza bergantung kepada repertoir. 6


Gambar Rajah Ragam Tarian Inang:

 

1.  Lenggang Serang Tepis:

 

Lelaki & Perempuan –



2.  Lenggang Lambung Angin: Lenggang Lambung Angin lebih sesuai ditarikan oleh penari wanita kerana gerakan tangan bagi raga mini digolong ke dalam.

Lelaki & Perempuan –




3.  Langkah Berlipat: Langkah ini digunakan sebagai langkah asas tarian Inang dan digabungkan bersama-sama dengan Lenggang Serang Tepis dan Lenggang Lambung Angin.

Lelaki & Perempuan



 

4.  Langkah Silang: Langkah ini digunakan untuk pergerakan Tumpang Sendeng. Langkah ini boleh juga ditamatkan dengan merapatkan kedua-dua kaki.

                                                            Lelaki & Perempuan






5. Asas

                                                                            Lelaki




Perempuan


6.  Lenggang Lambung Angin: Lenggang Lambung Angin boleh dilakukan dengan menggunakan Langkah Berlipat

Lelaki & Perempuan



7. Jemput Sudi: 
Lelaki






Perempuan







8. Tumpang Sendeng:

Lelaki





Perempuan





9. Langkah Jaga (Lelaki) dan Pusing Malu (Perempuan) 

Lelaki (Jaga)






Perempuan (Pusing Malu)






Comments

Popular Posts