TARIAN ZAPIN MELAYU JOHOR (KUMPULAN 3)
TARIAN ZAPIN MELAYU JOHOR
Pengenalan
Tarian zapin (Zafn) yang bermaksud pergerakan kaki cepat mengikut pukulan merupakan sejenis tarian masyarakat Melayu tradisional yang dikenali sejak kurun lamanya. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman.(1) Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara. Pada awalnya, tarian ini ditarikan oleh kaum lelaki sahaja tetapi pada masa kini kaum wanita juga turut serta bagi menjadi pemanis dalam tarian tersebut.Tarian zapin sememangnya sudah cukup sinonim dengan negeri Johor.(2) Zapin dipercayai dibawa oleh mubaligh-mubaligh dari Timur Tengah kira-kira pada abad ke-15. Kebanyakan mubaligh-mubaligh dan pedagang-pedagang ini datang dari Tanah Arab dan Parsi. Di dalam dialek Yamen ia dikenali sebagai Zaffana.Versi paling asas ialah gerakan mengikut alunan muzik dan kiraan 1 2 3 dan 4. Pada kiraan ke-4 kaki dilunjurkan ke belah kiraan terakhir dibuat. Ia boleh dilakukan setempat atau gerakan ke depan atau ke belakang. Semasa melakukan gerakan, kondisi tubuh penari biasanya dalam keadaan tegak dan agak
Tarian zapin secara tradisinya ditarikan oleh golongan lelaki sahaja dan kemudiannya setelah ia mula berkembang luas, tarian ini telah ditarikan secara berpasangan antara penari lelaki dan wanita dengan gerak tari yang melambangkan sifat-sifat diri golongan tersebut.(3)Struktur utama persembahan zapin Parit Mastar ialah pembahagian persembahan kepada tiga bahagian iaitu taksim, ragam dan kopak, dan wainab. Muzik lagu yang mengiringi tarian zapin terdiri daripada lagu Lancang Kuning, Naan Sidi, Ya Salam, Zapin Budi, Zapin Pekan, Ya Ladan dan banyak lagi.(4) Penarinya mengenakan busana baju kurung Teluk Belanga dikancing dengan butang emas ataupun suasa, kain sampin, seluar dan songkok. Penari wanita juga berbaju kurung Teluk Belanga dan sampin dagang luar, bersanggul atau bertudung dipadankan dengan aksesori rantai emas. khazanah tarian rumpun Melayu yang mendapat pengaruh dari Arab.(5)Tarian tradisional ini bersifat edukatif dan sekaligus menghibur, digunakan sebagai media dakwah Islamiyah melalui syair lagu-lagu zapin yang didendangkan. Musik pengiringnya terdiri dari dua alat yang utama yaitu alat musik petik gambus dan tiga buah alat musik tabuh gendang kecil yang disebut marwas. Sebelum tahun 1960, zapin hanya ditarikan oleh penari laki-laki namun kini sudah biasa ditarikan oleh penari perempuan bahkan penari campuran laki-laki dengan perempuan.
Tari Zapin sangat banyak ragam gerak tarinya, walaupun pada dasarnya gerak dasar zapin-nya sama, ditarikan oleh rakyat di pesisir timur dan barat Sumatera, Semenanjung Malaysia, kepulauan Riau, pesisir Kalimantan dan Brunei DarussalamAsal usul zapin ni dari tanah arab, hadralmut. Pengaruh seni muzik seni tari, senimuzik dan gurindam arab telah menyibar ke johor melalui kawasan pesisir pantai barat johor dan ke pendalaman melalui sungai sungai bersama sama penempatan arab di kampung kampung melayu. (6)Namun begitu zapin melayu johor unik kerana telah menyaring kesenian arab sambil mencipa kesenian melayu dan falasafah kesenian islam.Pada zaman dahulu kesenian zapin melayu bukan hanya di persembahkan halaman atau di anjung rumah ianya juga di persekitaran masjid juga surau untuk menyambut perayaan mauliurassul s.a.w dan lain lain.
Alat
muzik zapin
Terdapat
4 alat muzik wajib bagi tarian zapin. 4 alat muzik yang wajib adalah gambus,
bedok, maruas dan akordion. Alatan muzik yang lain pada masa kini turut
digunakan bagi menambah nilai komersial lagu zapin itu sendiri. Pada asalnya,
lagu yang dijadikan sebagai iringan tarian zapin berunsurkan puji-pujian
terhadap Nabi Muhammad S.A.W dan ke arah keagaman. Tetapi pada masa kini,
setelah menerima adaptasi dan penyesuaian, lagu iringan turut menceritakan
mengenai pasang bercinta, kehidupan masyarakat Melayu dan sebagainya.
Gambus
Bedok
Akordion
Maruas
Pakaian
tradisional tarian zapin
Sungguhpun Tarian Zapin mempunyai pengaruh Arab-Parsi, tetapi dari segi pakaian penari-penari memakai pakaian Melayu selengkapnya yaitu bagi laki-laki berkain samping, memakai baju teluk belanga, cekak musang, memakai kain sarung tenunan siak, dan bersongkok sedangkan wanita memakai kurung, kain sarong, kebaya panjang, hiasan kembang goyang untuk sanggul, gelang atau dukuh.
· Bunga yang dililit pada sebelah kiri sanggol menandakan pemakainya masih belum berpunya berbanding dengan lilitan yang dibuat pada sebelah kanan sanggol yang menandakan bahawa pemakainya sudah berstatus sebagai wanita yang sudah berumah tangga.(7)
· Aksesori tambahan untuk busana Baju Kurung Teluk Belanga untuk orang lelaki yang menarikan Zapin adalah kancing baju yang diperbuat daripada suasa atau perak dan diikat dengan batu delima, zamrud atau sebagainya.
· Bagi kaum wanitapula kancing yang diperbuat daripada emas, perak atau suasa diikat dengan batu Intan dan disebut sebagai Garam Sebuku atau Kunang Sekebun.Buat masa ini busana tersebut boleh sahaja digantikan dengan kancing-kancing biasa yang banyak terdapat dijual di pasar.
· Penari Zapin wanita juga kadangkalanya memakai aksesori tambahan yang pernah dipakai untuk dipadankan dengan busana Baju Kurung Teluk Belanga seperti seutas rantai emas yang sederhana panjang yang disebut sebagai Rantai Belati, sepasang anting-anting telekap yang dipanggil Anting-AntingKopi dan gelang tangan yang membelit yang dikenali sebagai Gelang berderai.
PENGASAS ZAPIN PARIT MASTAR
Allahyarham
Tuan Hj Keliwon bin Hj Denan merupakan pengasas Zapin Parit Mastar dari daerah
Pontian. Allahyarham dilahirkan pada 20 Julai
1934 dan mempelajari seni tari zapin tersebut daripada seorang yang bernama
Wak Jamari
Kesenian tersebut
diturunkan kepada anak perempuan beliau yang bernama Zubaidah serta suaminya
Allahyarham Miswan. Zapin Pt. Mastar mempunyai 11 langkah dan setiap langkah
mempunyai pergerakkan yang unik sekali.
PENGASAS
ZAPIN SERI BUNIAN
Allahyarham
Tuan Hj Jaafar bin Ikhwan atau lebih dikenali dengan nama Wak Gendu merupakan
pengasas Zapin Seri Bunian dari daerah Pontian. Allahyarham telah menetap di
Kampung Seri Bunian dan bergiat aktif dalam seni zapin. Mempelajari seni tarian
ini daripada seorang penggiat seni zapin yang berasal dari Pekalongan, Jawa
Indonesia. Terdapat 7 jenis langkah yang dimulakan dengan Langkah 1 sehingga 7.
En mohd Amin bin Hj Ma’osum yang dilahirkan pada tahun 1955 merupakan
penerus zapin Pat Lipat dari daerah muar.Beliau mempelajari tarian tersebut
daripada En Nasir bin Mahmud Sulaiman iaitu generasi ketiga pewaris Zapin Pat
Lipat.Ianya diasaskan oleh seorang guru agama yang dikenali sebagai Imam Haji
Yusak dari Parit Bugis ,Muar.En Mohd Amin juga mahir bermain alat mzik seperti
gambus dan peti harmonium.
Yang
Dipertua Persatuan Penggiat Zapin Johor (PE-ZAPIN), Abd Razak Rahmat, berkata
persatuan itu ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2010 dalam usaha untuk terus
memartabatkan keaslian tarian zapin di negeri ini dan melahirkan lebih ramai
pelapis bagi tarian warisan itu.
Yang Dipertua
Persatuan Penggiat Zapin Johor, Ab
d. Razak Rahmat. - Foto Zulkarnain Ahmad
Tajuddin
Persatuan
ini ditubuhkan sejak tahun 2008 kerana permintaan oleh pengasas, pewaris dan
penerus tarian zapin yang menyifatkan kebanyakan langkah tarian pada masa ini
sudah tidak ada keaslian.
"Melihat
kepada keadaan ini, PE-ZAPIN ditubuhkan di Batu Pahat dengan persetujuan 10
guru zapin. Penubuhan persatuan ini bagi membela dan memastikan keaslian tarian
zapin tidak hilang kerana ia adalah warisan bangsa Melayu yang tidak
ternilai," katanya.
Abd Razak
berkata, misi pertama persatuan pada ketika itu bergerak ke setiap sekolah di
negeri ini dalam usaha memugar semula seni tarian zapin menerusi program
kesenian.
Sehingga kini, di negeri Johor tarian zapin masih diberikan perhatian yang serius sehinggakan terwujudnya sebuah jabatan kesenian bagi menjaga dan memelihara tarian tradisi ini. Jabatan yang diberikan tanggungjawab dan kepercayaan oleh kerajaan negeri Johor ialah Yayasan Warisan Johor (YWJ) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor (JKKN). Yayaysan Warisan Johor merupakan pertubuhan yang memelihara dan memartabatkan budaya dan tarian zapin.Oleh itu, segala ketetapan dan peraturan mengenai zapin di Johor dan di Malaysia perlulah ditetapkan dan perlu dirujuk kepada YWJ bagi memastikan segalanya tidak terlari daripada yang asal.
Terdapat
5 orang Jurulatih Tari, Bahagian Pembangunan Seni Tari, Yayasan Warisan Johor
yang menjadi panduan atau pemantau dalam pergerakan zapin di negeri Johor.
Setiap daripada 5 orang ini perlulah memegang sekurang-kurangnya 2 hingga 4
zapin yang berasingan agar tidak dicampur adukkan dan mahir dalam pengkhususan
masing-masing. Sekiranya terdapat pihak atau mana-mana sekolah yang ingin
mengadakan bengkel mahupun pertandingan, mereka inilah merupakan orang-orang
yang terpenting dalam mengendalikannya.
video tarian zapin.
rujukan.
- "Zapin dance still popular in Johor". BERNAMA. Dicapai pada 22 September 2020 – melalui The Star.
- ^ Halim Said (28 September 2017). "Johor to seek Unesco recognition for traditional zapin dance". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 September 2020.
- ^ ab c d e f Hilarian, Larry (2004). "The gambus (lutes) of the Malay world: its origins and significance in zapin Music" (PDF). Universiti Teknologi Nanyang Singapura – melalui UNESCO.
http://kumpulan09.blogspot.com/2010/08/kesenian.html
Comments
Post a Comment